Free Flower Color Change2 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday 25 January 2013

MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA





MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA
Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.
Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.
Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)
Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.
MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA
1. Banyak makan epal yang sudah masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allahs.w.t.
Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal.

Wednesday 23 January 2013

Kelebihan Makanan Pedas




KELEBIHAN MAKANAN PEDAS !!!



Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

Tapi AWAS jangan makan secara berlebihan kerana anda akan mengundang padah kepada kesihatan anda! Makan apa pun sekiranya makan secara berlebihan pasti akan mengundang padah pada kesihatan....hehehhe

Makan boleh...OVER jangan ! ☺

Tuesday 22 January 2013

Aduhai Indahnya Wanita


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

... Aduhai Indahnya Wanita ...


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




Wanita diciptakan dari tulang Rusuk.
Mengapa tidak diciptakan dari kepala???
Mengapa tidak di ambil dari kaki atau anggota tubuh yang lainnya???
Mengapa Siti Hawa tidak diciptakan dari tanah, sebagaimana kejadian Nabi Adam ’Alaihi Wasallam?


Wanita tidak diciptakan dari kepala lelaki (Nabi Adam)
Supaya wanita tidak melebihi atau mengungguli kudrat lelaki

Wanita tidak diciptakan dari kaki,
Supaya wanita tidak dihinakan oleh lelaki atau di injak lelaki.
Karena wanita sebahagian dari tubuh lelaki.



Wanita tidak diciptakan dari tanah?
Karena kudratnya wanita tidak sama dengan lelaki.


Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki karena memang untuk dijadikan pasangan lelaki,
Menjadi pendamping lelaki...
Menjadi kesenangan 
lelaki.
Memperkuat dada 
lelaki dan sekaligus menjadi penngimbang hidup lelaki.


Rasulullah Shalallahu ’Alaihi Wasallam menjelaskan dalam hadithnya :
“Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.
Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas.
Jika anda meluruskannya, sama ertinya anda memecahkannya.
Jika anda biarkan, dia akan tetap bengkok.
Karena itulah anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan.”
(HR. Muslim)



Subhanallah...
Tulang rusuk adalah yang paling bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung hati yang fungsinya untuk memperkuat dada dan melindungi hati.
Itulah posisi wanita (isteri) kepada lelaki (suami) iaitu untuk membuat seorang SUAMI KUAT DADANYA dan MENJAGA HATI SUAMI.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Saturday 19 January 2013

BISMIKALLAH (ZIKIR)

Pesanan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.



Pesanan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.

Pejam celik begitu cepat masa berlalu.. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Kelahiran Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, sekali lagi Allah pinjamkan nyawa kita untuk memperingati kelahiran Rasulullah di tahun hijrah 1434. 
Kali ini saya ingin berkongsi Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124 ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok  dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124 ribu hanya sekitar 10 ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.
Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

10 INFO TENTANG BAYI YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU






 10 INFO TENTANG BAYI YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU 


1
. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. B
ayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥


Subhan Allah..